7 KHASIAT KURMA
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar
merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia
sudah masak atau masih mentah. Dikatakan yang mempunyai pelbagai
khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara
saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang
menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali
menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan amat sinonim dengan kisah
sirah baginda.
“Kemudian Kami
tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh
buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“
Al-Mukminah ayat
19
“Sesiapa yang
memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan
sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah
SAW
Manakala sudut sains pula
mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat
8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%,
majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah
sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia
perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium,
fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan
tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang
sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga
segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan
buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti
sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi
monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW
berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya
tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“
Hadis riwayat
Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada
waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk
dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng
yang lain.
2) Kaya dengan serat
dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada
kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat
kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan
seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam
100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g
serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat
galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali
kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang
tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan
elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam.
Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu
memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan
daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat
sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma
semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah
mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma
sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan
batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
TQS Maryam(19) : 25
Buah kurma amat baik untuk
wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan
mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan
kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti
serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat
makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
Wallahu A'lam
Semoga Bermanfaat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar